Monday, November 25, 2013

BAJET NEGERI KEDAH 2014

Haloooo.....dah lama saya x update blog nie. Cbuk dengan keja + sengaja menyibukkan diri pun ada(*_*)..hehehe..Rasanya tak terlewat kot kalau saya nak kongsi pasal bajet negeri kedah 2014 yang diumumkan pada 17 November 2013 yang lalu oleh MB Kedah (YAB. Dato Paduka Mukhriz b Tun Dr. Mahathir).

Bajet negeri Kedah 2014

Kerajaan negeri telah memperuntukkan wang sebanyak 
RM 796 Juta untuk bajet pada tahun 2014. Bajet nie dibahagi kepada dua bahagian iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Bagi perbelanjaan  mengurus kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 560 Juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM235 Juta. Nah saya bagi senarai ringkasan bajet kedah 2014. 
  • RM 5 Juta untuk program rumah mampu milik
  • RM 10 Juta pinjaman mudah untuk usahawan muda
  • Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN
  • Kursus perkahwinan PERCUMA (untuk perkahwinan kali pertama saja yer..yg 2 or 3 x boleh tau...)
  • RM 16.8 Juta projek kecil khas untuk luar bandar
  • RM 24.5 Juta untuk bantuan kebajikan
  • RM 7 Juta untuk pertanian dan penternakan
  • Unit pembangunan usahawan ditubuhkan
  • RM 3.3 Juta untuk baik pulih rumah awam
  • BONUS 1/2 bulan gaji untuk kakitangan awam negeri (saja jer nk hgliht padahal saya x dapat pun..tumpang happy tuk kawan2 )
  • RM 19.5 Juta untuk membina dan menaik taraf pelbagai jabatan di kedah
  • Menghidupkan semula Majlis Sukan Daerah (MSD) dan dikendalikan oleh S.U Kerja.
Terima kasih MB Kedah atas bajet yang diluluskan. Semoga perbelanjaan yang disalurkan samapai kepada sasaran yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment